Sunday, August 14

pelik pelik risau risau -.-

Assalamualaikum readers :)


biar gua settle satu satu eh.
point pertama wa pelik lah dgn budak fb
yang ada sampai 2-3 account ni.


bukan semua tapi segelintir eh yang buat macam ni.
dia dah buat status dah tu dia like
pastu dah takde org like dia bukk lah account lagi satu and dia pun like status tadi.


jadi bermakna yg like status tu dia jelah kan?
hahahhaha
pelik pelik
takpe lah
asal kan kau bahagia sudah lah kan. (:


okay ponit kedua
FULAMAKGUARISAUHABISBAIKMACAMDAHGILA!!!
serious wa risau ni projek account gua tergendala lah babe.
aduhhhhh, dah lah pukul 8 ni nak g hantar kat eina.
seious aku risau.
ahhhhhhhhhhhhh!!!!

kbye!
love,
aziahabdrahim

Friday, August 12

its enough !

There's nothing i can say except
enough!

cukup utk aku dimasukkan dlm perbalahan antara korang.
aku tak ada kene mengena dgn lelaki tu.

mulai dari hari ni
aku tak ambik tahu pasal lelaki tu lagi.

cukup aku terseksa saat semua mendiamkan diri.
mungkin inilah masa utk aku kembali pada diri aku yang dulu
naive!

biarkan aku jadi mcm tu,
biar aku jadi blur dan pekak kan telinga.

bukan maksud aku tak suka utk berkongsi masalah 
aku cuma tak nak nnti aku yang jadi mangsa

aku harap korang paham :)
terima kasih.

Assalamualaikum
lots of love,
AziahAbdRahim   

Thursday, August 11

Anugerah tuhan :)


waktu aku leka membelek sebuah blog yang dikendalikan oleh blogger bernama
"Anis Syafira Zakaria"
aku terfikir.


disaat seseorang tu jatuh, atau mungkin diberi kekurangan fizikal
manusia masih mengutuk
disaat seseorang itu bangun,dan diberi keindahan rupa
manusia masih mengutuk


tak paham dengan kerenah manusia,
pantang dicabar.
pantang melihat seseorang itu lagi cantik dari nya,
pantang melihat seseorang itu lagi "hot" darinya
sedaya upaya org itu akan dijatuhkan.


sedarlah, jikalau anda juga ditahap itu,
anda semestinya juga akan dicaci.
well, kerenah kehidupan.


Tak dinafikan,
Anis syafira memang cantik,
terutama dalam bab dressing.
walaupun berhijab dia masih dpat kekalkan kecantikkannya.


so, people, tak payah nak jealous dgn org yang sebegini.
bukan kecantikkan yang harus menjadi saingan
tapi hati.


kalau kau dapat jadi cantik macam dia pun tapi
hati kau tak cantik nak buat apa?
dia adalah anugerah tuhan.

Haters make her glamours.
haha.
korang kata dia sombong.
macam mana dia tak sombong kalau korang ckp dgn dia benda bukan bukan.


enough lah girls.
bukan sahaja pada dia mungkin byk lagi diluar sana mempunyai haters
mungkin aku juga begitu.
tapi dengan membenci seseorang takkan dapat menarik kau ke syurga.


kau cuma akan dapat ticket free pergi neraka.
nak?
tak nak, udah udah lah tu k.


Assalamualaikum.

Wednesday, August 10

click sana clik sini suka suki tak de keja !

weeee, seronoknya hari ini :)

saya menyanyi sepanjang hari walau perut saya mengaum ibarat harimau lapar.
hahaha

"berikan cintamu juga sayang mu percaya padaku ku kan menunggu mu hingga
hujung waktu menjemputku"

hahaha, kan nyanyi lagi sekali
tadi aku main click2 gambar saja bosan
nak tengok?

alah, korang mana nk tengok tahulah aku buruk :(

hikhok:D

 tapi pedulik apa aku, nak tunjuk jugak, tak nak tengok?
tutup mata !










hahaha, tahu lah tak cantik, so diam diam je k?
heeeee :)

Fikirkan !

  selama ni aku je yang selalu salah
tapi takpe bila kau marah aku, aku senyum

aku tak kisah pun kau nk ckap apa
bagi orang aku i seperti gadis tanpa masalah.
apa aku nak buat lagi selain senyum,gelak.

Aku masih mampu menahan segalanya,
biar aku yang terluka jgn org lain terluka disebbkan aku.

bila org caci aku,kutuk,hina
aku masih senyum
walaupun takde siapa tahu bila aku menangis

Aku percaya yang aku tak perlu bazirkan air mata 
semata mata demi hal bodoh.

takpe,kau masih tak percayakan kata2 aku
bila aku kata aku SAYANG seseorg tu
aku betul2 bermaksud benda tu

 tapi kau tak paham, its okay, take your time
aku tak kisah
ambik lah seberapa lama pun masa kau utk kenal kawan kau yg sorang ni.

 mmg aku terasa kadang2 dgn perangai kau,
tapi aku sabar, sbb aku mmg rasa kau kawan aku.

apa boleh buat.
ramai tye aku,
kenapa aku ni pelik? aku tk macam org lain
aku masih tetap memaafkan org yang dah buat kat aku macam2
aku bercakap seolah olah aku ahli falsafah
pemikiran aku susah dijangka
apa yang aku fiki selalunya bukan yang org lain fikir
aku terlalu pentingkan adat
why?

aku nak jawab apa, kalau dah tu mmg aku, nak jadi mcm mana lagi?
kan?
dah lah aku mals nk ambik pusing hal macam ni lagi, 
cukup setakat ni. FULLSTOP.

Tuesday, August 9

Hai awak :)

Assalamualaikum,
Hai awak yang pakai spec tu, yang pakai kemeja lengan panjang tapi dilipatkan (:

comelnye anda, saya tergugat, ahhh
#bpk gatalnye aku ni,HAHA

okay lah, secara jujur, honest ,sumpah tak tipu
wa suka boys pakai spec, HAHAHAH

kalau kena dgn rupa, mmg cool gila ah


Astarfirullah aziah, puasa weh puasa!


ni lah jadinye nye, when im tired waiting for you love, i cant stop be
hyper -.-

HAHA,dah dah who cares pasal aku, hee

weeeeee,tadi aku baca blog satu lelaki ni
entry dia berkisah kan
lelaki2 yang HARUS perempuan tinggalkan

nak tahu tak lelaki macam mana?
ni aku bagi list lelaki yg patut korang tinggalkan jika bertemu
and bila dah jumpa apa lagi
angkat kaki
and say to your damn boyfriend
"goodbye b"
hahaha

1.LELAKI YANG PENDIAM
-girls jgn peningkan kepala korang nk pikirkan topic nk ckp k
2.SUKA MINTAK TOPUP
-lelaki mcm ni tkde tanggungjawab so tinggalkan lah
3.BF YANG ADA KAWAN2 SERUPA SYAITAN
-act,bf korang tu baik dgn korang je, so,jgn mudah tertipu
4.BF YANG SUKA KACAU PRIVACY
-ni lagi satu,parents korang tk bising dia pulk memekak, go die!
5.KAKI KONGKONG
-perangai yg serupa kingkong tu, sikit marah,bf je weh, bukan suami,jgn nk over lah.

so, nasihat aku tinggal kan lah lelaki yg ada sifat di atas esp, yg num 2 tu.
love,
aziahabdrahim

Saturday, August 6

OMG OMG OMG!!!!!

Assalamualaikum readers!

HOI, kau yang kat sana yang kat situ tu meh baca
aku nak kongsi kegembiraan aku dgn korang ni !!!

HAHAHHAHAHHAHAHHA
#lebar dah senyuman aku ni


tadi DIA IM aku
wtf!!!! terkejut beruk kau.
mak aii


dah tu kata i love you pulak tu
hahaha

nak ckp balik tak berani
so tulis kat sini je lah
i love you too

tuhan je tahu betapa gembiranya hati aku weh
hahaha
eh jap karang korang ingat Amirul hadi pulak
tak tak bukan Amirul Hadi ye.


kalau amirul hadi tu, mmg mati lah aku
tak tahu macam mana nak tido
hahahah

org lain
jejaka lain

aku tgu ungkapan tu lebih dari 3 tahun dari dia
aku minat dekat dia dah terlalu lama
aku dah tak dpt stop kan hati aku

aku mmg tak tahu nak ckp apa lagi
bila dia mula ungkapkan perkataan itu sebyk DUA kali

aku egt dia main-2
atau tersilap IM org
dah tu aku tye lah
ni kenapa ni?


pastu dia kata kenapa betullah

aku cakap jangan main2 tak baik puasa2 ni

dia kata dia mana ada main2 kalau tak suka takpe lah

gila kau tak suka

dah macam org gila senyum sensorang kat rumah ni

aku cuba carik lelaki lain bila kau tinggal kan aku dulu

aku cuba utk tutup segala perasaan aku kat kau

ternyata TAK BOLEH

sbb kau asyik datang bg harapan kat aku

pape pun, thanks sbb buat aku senyum tak berhenti hari ni

Friday, August 5

Today Today Today !!!

Assalamualaikummm :)
tak jawab dosa 
heeee


apasal mood aku nak menaip happy sgt aku pun tak tahu
okay okay
today today today

ada apa dengan hari ni?
takde pape
hahahaha


sebenarnya hari ni is the last paper for the july test
and paper terakhir ialah account

aku bet kat korang hanya 2 atau 3 subjek je yg aku akan lulus
haha
percayalah.

aku mmg tak baca buku langsung.
so don't ever ask me 
'aziah kenapa result kau tetiba macam ni?"
or
"kau tak pernah dapat result teruk macam ni"
HAHAHA


aku bukan suka, but this is lesson for me
kita jgn lalai sgt
kena study even apa pun terjadi


balik terengganu, aku mmg tak study langsung
nak exam ni, bagun pagi nak baca buku
#konon
hampeh sambung tido lepas sahur


then, bila result keluar buat2 lah muka terkejut
ohh, thats not me
aku tahu bila aku jwb aku tahu
yang aku boleh score atau tk boleh

and untuk kali ni
i vote no! :D

Insyaallah, final test aku score 
heee

aku masih dgn project mengelike semua fren aku punya profile picture
hehehehe

so, when i like your profile picture
don't to shock k.


Thursday, August 4

try to let your face into mirror first!

Assalamualaikum readers :)

Hari ni surat khabar berita harian
gambar amirul hadi besar punya!
FULL!
hahahhaa

ahhhhh....sukanya akuuuu :)
love him til when when . ahakss

okay . si isteri shahril(kapten singapore) tu apahal
tak puas laki dia kena boo, dia pulak nak balas dendam
pergi jahanam
berani kau kutuk safee dgn amirul hadi kan.

Hello! yang goal kan pun bukan suami kau!
bajet bagus je kau .
kalau dah kene shoot dgn aku baru tahu .
hahahaa .


bukan nak merapu .
tapi kau cermin lah diri tu dulu sebelum ckp pasal org lain.

dah kbye!

Tuesday, August 2

segalanya :)

Assalamualaikum readers :)
okay sekarang tgah chat dgn abg ego.
mmg tak berdegup laju jantung aku sebenarnya
macam nak jatuh ke bumi je dah ha.

Ya Allah ku rasakan semuanya indah, cehh
pidah lu ni aziah asyik berangan je kerja puasa2 ni
hahaha
aku puasa ke?
oh tidak aku takpuasa baru second day dah pms :)

hahaha, anyway thanks abg ego <3
kerana anda telah buat saya tersenyum sepanjang hari. haha
sweet pulak aku ni. hahaha
but no woories
Amirul Hadi di hati
                                      lots of love:
                                    Aziah abd rahim

Monday, August 1

AMIRUL HADI ZAINAL

waahhhhh !
sungguh aku tak dapat menahan nafsuku saat menatap gambar dia
dia lah
AMIRUL HADI ZAINAL
saya!

ecehh, perasan je aku. haha
Ya Allah , hanya Allah je tahu betapa aku taksubnya dgn dia
sehingga kan semua lelaki aku tolak tepi hanya untuk menumpukan mata dan hati aku untuk dia
aku sangat berharap moga satu saat nanti
Amirul ada didepan aku.


disini aku berikan sedikit paparan untuk tatapan sekalian
sebagai tanda bahawa dlm hati aku sekarang hanya ada Amirul hadi
aku tak kisah apa org sekeliling nak ckp
yang penting aku puas dapat jadi peminat dia
sudah cukup melegakan aku andai aku dpt bersemuka dgnnya



cukup lah sekadar 3 gambar dipertontonkan
karang lebih lebih kang ada pulak yg jatuh hati
haha
AMIRUL HADI ZAINAL ILOVE YOU!
ARGHHH!
                                                             lots of love:
                                                          Aziah Abd  Rahim

Terengganu Trip :)

Assalamualaikum readers :)

experience pergi terengganu takkan aku lupakan
best ,gempak sgt, seronok gila
sumpah aku rindu
jumaat:29 july is the best moment ever <3
i miss u all belia pandan :)


pangalaman main futsal tu yg aku rasa mungkin tak dapat nak dilupakan, haha

Hope, dapat pergi trip dgn korang lagi !

Thursday, July 28

MALAYSIA DI HATI !

HARIMAU MALAYA AKHIRNYA TUMPAS DI TANGAN SINGA!
AHH, SUNGGUH ,AKU KECEWA!
APA TERJADI HARIMAU MALAYA HARUS BANGKIT DAN BELAJAR DARI KESILAPAN!
MALAYSIA SUKAR MENCARI GOAL PERSAMAAN ATAS SEBAB PEMAIN IMPORT DARI SINGAPORE.
BAGI PASUKAN HARIMAU MALAYA DI ATAS
SAYA BANGGA  TERAMAT SANGAT DENGAN KEHADIRAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT.
AKU TAK TAHU KENAPA, TAPI HATI AKU MENANGIS TERHARU ATAS 1 GOAL MINIT KE 58 DISEMPURNAKAN OLEH SAFEE SALI DENGAN BANTUAN KUNALAN & AMIRUL HADI ZAINAL.DAN AKU TURUT MENANGIS ATAS KEKALAHAN INI.
TAPI KATA ORANG KALAH SEKALI
TAK BEERTI KALAH UNTUK SELAMANYA.
SEMUA TELAH TERJADI, 
PENYOKONG MALAYSIA SERAMAI 85 RIBU ORANG KELUAR DGN MUKA YANG HAMPA
TAPI PENYOKONG SINGAPURA YANG HANYA SERAMAI 600 ORANG
KELUAR DENGAN GAH MERAIKAN KEJAYAAN PEMAIN IMPORT MEREKA.
HANYA SATU KATA BUAT MEREKA
UNTUNGLAH KAU ADA PEMAIN IMPORT!
HAHA, MALAYSIA MASIH GAH DISITU
WALAUPUN MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA TAPI MALAYSIA 
TTP CEMERLANG DI ATAS PADANG.
KELALAIAN GOAL DAN FREEKICK
BUATKAN MALAYSIA SENDIRI BEGITU TERTEKAN.
HARAPKAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT SEORANG MMG TAK CUKUP UNTUK MENGAWAL PINTU GOAL SEHINGGA
GOAL PERSAMAAN 1-1 DISEMPURNAKAN PULA OLEH SINGAPORE.

PASTINYA RAMAI PENYOKONG MALAYSIA MENITISKAN AIRMATA KERESAHAN
KERANA KETIKA ITU MASA AMAT MENCEMBURUI MALAYSIA
DAN KEMENANGAN SELESA DIMILIKI OLEH SINGAPORE.
TAPI SATU KATA SEBAGAI AKHIR ENTRY
AMIRUL HADI YOU'RE THE BEST!
                                                          lots of love:
                                                                 aziah abd rahim

Sunday, July 24

suka tengok layout baru !!

pehhhhhhhhhhhhh!!!!
AMIRUL HADI ZAINAL DI BLOG SAYA LAH
 tak tahan aku tengok dia, kni dia di blog saya
I LOVE YOU 
SARANGHEA
WO AI NIE
MAHAL KITA
AISHITERU
AMIRUL HADI <3 <3
LOTS OF LOVE:
AZIAH ABD RAHIM :)

wrong again :)

Assalamualaikum , hi, and hello

sebenarnya ada satu rahsia yang korang tak tahu pasal diri aku

korang nak tahu tak mama aku selalu marah aku pasal satu benda ni

aku ni sebenarnya selalu cakap benda yang bukan otak aku pikir

aku rasa nak cakap lain, tapi yang keluar dari mulut aku lain.
hahahaha

ni yang pelik sgt bagi aku, aku pun tk tahu macam mana aku nak cakap

kadang-2 aku nak cakap ambik lah
tiba-2 yg terkeluar nak.

aku pun pelik bin aneh
bila menaip takde pulak dia macam ni. hahaha

cerita tadi
me: mama nealofa ni handsome jugak kan?
mama:perempuan mmg handsome sebenarnya?
me: GELAK MACAM NAK MINTAK PELEMPANG
actually aku baru sedar apa aku ckp

kadang-2 tu dgn mama-2 aku boleh cakap gila
kesian mama kena gila dengan aku
hahahahhahaa
bukan sengaja.

itu semua tanpa aku sedari,
aku mohon maaf jugak kalau aku ada tersalah ckp dgn korang.

Ramalan :)

Assalamualaikum readers :)
Ramalan cuaca aku hari ini
lepas ni aku hanya tulis RAMALAN cuaca diri aku je
aku malas nak cerita panjang
biar aku jadi macam park gae-in
dalam cerita personal taste
cite pasal ramalan cuaca diri aku
aku tahu korang akan mengerti


okay
ramalan cuaca aku hari ini

hujan sudah pun reda, petir tidak lagi kedengaran
pelangi sudah kelihatan
matahari mula menerangi
bulan & bintang dah bersedia utk keluar 
ahhh, indah nya hari ini <3

ILOVEYOUSOOMUCH!!









TO:AMIRUL HADI ZAINAL
dear amirul,
Ini adalah satu entry khas untuk anda,sebagai pemint setia awak, saya akan terus minat dan menanti,
cukup untuk saya meminati awak seadanya
saya tak kesah kalau awak tak pandang saya sebelah mata pun
bukan sebab awak buta tapi awak khusyuk tengok kemana bola pergi kan?
awak khusuk sangat tengok bola tu pergi mana eh?
takpe saya tak heran, manjadi peminat awak sudah cukup menggembirakan saya
Amirul, please jangan stop bermain bola
saya masih belum puas melihat awak .
tolong jangan biar saya kecewa.
im your big fans :)
hargailah peminat anda, bermain lah dgn lebih baik
sebab awak sanga superb
pasukan malaysia perlukan awak!
saya yakin awak bolehh!!!
GO AMIRUL HADI!
                                                                                                           love,
                                                                                                                                    aziah abd rahim. <3

kejayaan tidak datang bergolek

Assalamualaikum readers
bosan sangat oh hari ni

so, tajuk hari ni ialah
kejayaan tidak dtg bergolek
ini memberi erti yang kalau kita nak sesuatu kita perlu ada usaha
itu semua untk tengok kita berjaya
bukan senang nak dapat apa yang kita nak
benda yang menjadi impian kita
so, kita perlu usaha!~

dan bila kita capai kejayaan kita
pertama
ucaplah Alhamdulillah
terima kasih sikit kat Allah
kalau kau usaha macam mana punya baik pun
kalau Allah tak izinkan, kau dapat ke?
takkan.

so,renung renungkan & selamat beramah, haha

AMIRUL HADI ZAINAL

aku taksub dia
jadi jangan cuba amik dia dari aku sbb aku sayang dia
aku tak kisah org kata dia indon ke
dia matrempit ke
dia apa ke
aku tetap akan jadi peminat setia dia insyaallah

Amirul Hadi zainal 
iloveyousoomuch
walaupun saya hanya peminat awak saya ttp sayangkan awak !
saya akan menati dimana satu hari nanti kita akn bertentang mata
amin!!~
ILOVEYOU
AMIRUL HADI ZAINAL

Saturday, July 23

macam hapa tah

serabutnya kepala aku hari ni
byk masalah datang
byk kegembiraan dtg
aku terpaksa mengharungi seorang diri
oh bukan seorg diri
masih ada Allah bersama aku


aku penat lah macam ni
dah lah masing masing dah besar
pikir lah sendiri
to ieka and athira
setakat ni je aku boleh tolong korang berdua
selebihnya korang serrle lah sendiri
aku berhenti disini

untk kau, kesibukkan membuat aku melupakan kau
kbye
aku mungkin berheti berharap pada kau
aku nak jadi athira, aku tk nk pikir pasal lelaki dah
sbb lelaki semua penipu!